Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 99

A A A
Alkitab Versi Borneo
1ATUHAN bertakhta memerintah,

biarlah bangsa-bangsa gementar;

Dia tinggal di antara malaikat kerubin,

biarlah bumi bergegar.

2TUHAN Maha Besar di Sion;

dan Dia jauh di atas semua bangsa.

3Biarlah mereka memuji nama-Mu yang agung dan mengagumkan –

Dia Maha Kudus.

4Kekuatan Raja cinta akan keadilan –

Engkau telah mengasaskan kesaksamaan;

Engkau telah melakukan yang benar dan adil dalam Yakub.

5Tinggikanlah TUHAN Allah kita dan sembahlah Dia di alas kaki-Nya;

Dia Maha Kudus.

6Musa dan Harun tergolong antara imam-Nya,

dan Samuel antara mereka yang menyeru nama-Nya;

Mereka berseru kepada TUHAN

dan Dia menjawab mereka.

7BDia berfirman kepada mereka dalam tiang awan;

mereka mematuhi peraturan-Nya dan ketetapan yang diberi-Nya.

8Engkau menjawab mereka,

Ya TUHAN Allah kami;

Engkau Allah pengampun kepada mereka,

meskipun Engkau membalas perbuatan mereka dengan hukuman.

9Tinggikanlah TUHAN, Allah kita dan sembahlah Dia di bukit suci-Nya,

kerana TUHAN Allah kita Maha Kudus.